Diploma Sains ( AS120 )

Assalamualaikum ,


Fakulti Sains Gunaan (FSG) block B 

Hola semuaa ,

Apa khabar semua ? Post aku kali ini tentang kos Diploma Sains .Huh Diploma Sains ? Apa benda tu ? .Aku pun sebenarnya tak tahu sangat pasal kos ni .Masa dapat haritu , aku macam apa benda duh kos ni .Tapi dengan bantuan pakcik Google aku dapat sedikit sebanyak pengetahuan tentang kos ni .Maceh pakcik Google .So kod kos ni ialah AS120 .Kos Diploma Sains ini sebenarnya adalah berkaitan sains tulen yang bermaksud kau kena ambik subjek fizik,biologi dan juga kimia .Subjek killer yang sangat ' digemari ' oleh pelajar sekolah menengah .Hahahah .Apapun kos ni tak semudah dan tak sesusah mana yang korang sangka .Kos ni amat berat,lebih berat dari berat badan aku .Siapa kata diploma senang .Susah gak wei .Lagi-lagi diploma sains sebab kau kena bertempur dengan subjek killer .Aku tak cakap yang kos lain mudah .Kos lain pun susah .Jangan kecam aku eh .Hehehe


So let's take a look at this course outline....




update: ehh lupa pulak nak letak syarat kelayakan diploma sains....(dah tahun 2021 baru sedar/teringat)



So itulah antara syarat2 kelayakan untuk diploma sains UiTM.....incase korang nak tahu pasal syarat kelayakan kos lain ada disini 

Kemudian, sem 4 nanti korang kena pilih laluan , samada laluan biologikal atau laluan fizikal .Aku akan terangkan dengan lebih terperinci tentang laluan biologikal dan laluan fizikal ni satgi .Berita gembira untuk orang yang tak suka benda praktikal , untuk pengetahuan korang kos ni tak ada PRAKTIKAL .Pastu nanti korang akan ada final year project (FYP) .Hah korang nanti kena beli lab coat tau .Harga lab coat dalam RM55 .Wajib beli tau bagi yang tak ada lab coat lagi .Kalau korang dah ada lab coat , abng atau kakak kau punya ke boleh je kalau nak guna .Wajib ada lab coat kalau tak ,pembantu makmal tak kasi masuk makmal .So aku akan terangkan pasal laluan biologikal dan fizikal...

Laluan sains fizikal terlebih ke arah fizik .Korang tak akan belajar subjek biologi dah tapi korang still kena berlajar subjek kimia dan fizik .

sem 4- sem 5 : aliran fizikal


Laluan sains biologikal terlebih ke arah biologi .Korang tak akan belajar subjek fizik dah tapi still kena belajar subjek kimia dan biologi.

sem 4 - sem 5 : aliran biologikal


So apa kelebihan ambik kos ni ? Banyak kelebihannya sebab kos ni dia tak spesifik lagi so maksudnya bila kau nak sambung degree nanti ,kau boleh apply mana2 kos yang kau nak .Kau boleh sambung degree pharmacy,veterinar dan lain2 .Dengan syarat kau kena peform ah .Bagi aku kos ni agak susah jap tak habis lagi .Kos ni susah untuk orang yang malas berusaha (macam aku huhu).

So itu je untuk post kali ini . Kalau korang nak aku tulis pasal diploma sains atau pasal apa2 lagi boleh komen dibawah.

update: sila follow untuk mendapat noti tentang post2 yg akan dtg. 

Sekian .


Comments

  1. hi. salam sis, just nak tanya opinion u which one is better for sem 4 either physics or biology? act im still in dilemma lol.. yg mana lebih mudah utk score?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bcs ikut apa yg awak minat, macam saya more to physic. Kelemahan saya pada menghafal bio. So alhamdulillah saya boleh bawak physic dan sambung degree major in physic 😊

      Delete
    2. betul tu. saya pun sambung aliran physic sebab tak boleh nak menghafal2 ni heheh

      Delete
    3. Sis nak tanyaa.. kalau i nak amik dentistry, better lepas spm amik matriks or diploma sc? @Redamy

      Delete
    4. best way is asasi, but if takboleh asasi u can go for matriks :). its because pathway may be longer

      Delete
    5. hi thank you for those yg reply, sy bru perasan ada email masuk😂 alhamdulillah sy sambung phy sem 4 & 5 and rn sy amik kos edu phy🥰

      Delete
  2. Salam @Redamy.. Auntie just nak tanya.. student yg minat utk jadi Dentist..boleh ke ambil Course Dip In Sc ni?
    Dan nnt di Sem 4 kena pilih Bio ke Fizik?
    Atau Redamy boleh terangkan tak laluan utk menjadi Dentist itu?
    Tqia ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tolong jawabkan ya. Kalau ambil diploma sains, peluang nak jadi dentist amat nipis. Sama macam kalau nak jadi doktor atau pharmacist. Satu batch tu kadang2 seorang je. Jadi, andaikata plan nak jadi dentist, better ambil asasi atau matriks sebab kebiasaanya laluan tu lebih mudah. Terus boleh ambil degree in dentistry. Syaratnya macam biasalah... kena perform

      Delete
    2. betul saya setuju. kalau nak jadi dentist atau bidang2 medic ni better masuk asasi or matriks. saya tak galakkan masuk diploma. satu sebab lebih mudah laluannya mcm @littletheaslove ni ckp kalau belajar asasi atau matriks. satu lagi awak dpt jimatkan masa nak ke degree. degree in dentistry, farmasi dan medic ni selalunya makan tahun. At least kalau ambik asasi atau matriks boleh la cepat2 sambung degree.

      Kalau nak sambung jugak diploma boleh ja, kena buat betul2 dan bagi result cantik sebab nak kena compete dgn pelajar matriks, asasi, diploma dan stpm lain.

      Delete
  3. Salam @Redamy.. Auntie just nak tanya.. student yg minat utk jadi Dentist..boleh ke ambil Course Dip In Sc ni?
    Dan nnt di Sem 4 kena pilih Bio ke Fizik?
    Atau Redamy boleh terangkan tak laluan utk menjadi Dentist itu?
    Tqia ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je nanti sem 4 boleh je nak pilih aliran bio or fizik. tapi selalunya kalau nak sambung bidang2 mcm dentist or farmasi mostly student2 akan sambung aliran bio masa sem 4

      Delete
  4. Hello I just wanna ask kalau nak ambik dentistry boleh ambik ke course ni sebab yang i tahu kalau ambik asasi sains boleh sambung ambik dentistry tapi kalau ambik diploma sains boleh sambung dentistry tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes you can but the pathway may be longer

      Delete
    2. betul tu. kalau sambung diploma sains ni nanti boleh je sambung mana2 degree berkaitan sains cuma makan masa je nanti time degree

      Delete
  5. hello, nak tanya. kalau nak sambung degree farmasi tu msih tngok result spm ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello jugakk, kalau sambung degree bidang sains memang dorang still akan tgk keputusan spm

      Delete
    2. Ok...terima kasih byk²👍👍👍

      Delete
    3. Still tengok result SPM? Macam mana tu? Saya SPM 2020.

      Delete
    4. to unknown: saya tolong jawab. untuk sambung degree, dia akan tengok result stpm/matriks/diploma/asasi DAN beberapa subjek dalam spm yg related dengan course yg awak nak sambung. so results spm masih penting.. harap membantu. betulkan kalau salah.

      Delete
  6. kalau masa diploma sains kita perform tapi result spm biasa biasa bolehke nak sambung medic ke dentistry ke? sebab dia tgk result spm jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf reply lambat, boleh je cuba try apply nanti sebab mana tahu kalau ada rezeki boleh dpt.

      Delete
    2. kena re-sit balik paper spm yang tak lepas requirement KKM. KKM minimum dia semua subjek sains minima B kalau nak sambung medic or dentistry. Yes dia akan check balik SPM

      Delete
  7. sy pun nk tanya mcm cik cana tanya..kalau sy nk jd doktor blh ke sy ambik dip sains?n if pointer sy 4 flat kat diploma, diorang still tgk result spm ke utk jd doktor??mohon jawab ye sbb tarikh upu dh nk tutup ;)...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas saya cek balik brosur yg saya dapat masa pergi program jom masuk ipt, boleh nak jadi doktor kalau amik diploma sains, dalam syarat nk sambung medic pointer 3.5 and above AND memang tgk result SPM which is subjek chemist, bio, fizik, maths/addmaths is B and above AND ALSO passed interview

      Delete
    2. betul tu mcm apa yg cik cana ckp. Sambung medic memang dia akan tengok result spm tapi boleh je cuba utk try apply medic nanti walaupun result spm biasa2. sebab mana tahu rezeki awak dpt ke...

      Delete
    3. kalau ambil diploma teknologi makmal perubatan(MLT) blh ke sambung degree perubatan?sbb ada blogger yg ckp blh je sambung degree medic tapi ada jg yg ckp tk blh..betul ke semua tu?..mohon explain;)

      Delete
    4. rasanya boleh lari bidang cuma akan makan masa.....depends on degree apa. Kalau degree bidang perubatan yg kritikal like doktor, farmasi mcm payah sikit but you can try it mana tahu kalau ada rezeki dpt.

      Delete
  8. Amek kos ni bole jdi cikgu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos ni bidang dia luas so rasanya boleh je nak cikgu. Mungkin time degree boleh apply IPG or apply mana2 kos degree berkaitan education. Maaf lambat reply

      Delete
  9. tumpang tanya, kalau nak amek psychology using this path boleh ke? which awam uni yg ada psychology and do u recomend amek psychology? thankyou soo much

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. rasanya UMS, UKM ada tawarkan kos psikologi ni. I really recommend you to take it, cause it really an interesting courses but apa2 pun berbalik kepada diri awak jugak. Awak minat tak nak smbng kos ni ? it is ur passion ? :)

      Delete
    2. hai nak tanya ni, kalau nak buat degree spychology , time sem4 tu kne amik bio or fizik ? which one better ?

      Delete
    3. Mana2 pun boleh je nanti graduate still diploma sains xde state pun aliran mana.

      Delete
  10. Saya baru je dapat keputusan permohonan UPU,dan ya saya dapat diploma sains kat UTM.😭😭😭😭ya Allah serius sedih,sebab pilihan UTM adalah pilihan ke-11 dari 12.Saya nak sangat matriks,like saya dapat matriks program setahun kot kat situ,tapi kenapa tak bagi saya masukk,ya Allah serius sedihh😭😭😭,can anyone comfort me?😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe rezeki awak dekat situ. Saya pun dulu sebenarnya nak diploma mikrobiologi tapi dpt diploma sains. Awal2 pun saya mcm xleh terima tapi lama2 saya redha mungkin ni terbaik utk saya

      Delete
  11. Salam brother..nak tanye ..knape dio punye pilihan fizik or bioo..chemist punye path xde kee...emmm heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, pilihan aliran bio atau fizik tak ada effect pun pada sijil diploma anda. Cuma jika anda mahu pendekkan tempoh pengajian sewaktu degree nanti. Amat digalakkan utk ambik aliran yg ada kena mengena dgn bidang yg kamu nak ambik masa degree nanti. Hahaha ye aliran chem xde 😂

      Delete
    2. aliran chm takde sebab nanti dlm mana² aliran awak amek, mmg wajib chm😌😂

      Delete
    3. betul chem subjek wajib. Memang tak boleh lari. Tapi bagi saya subjek chm dlm aliran fizik lagi senang hahaa.

      Delete
  12. Ewmmm..kalu.degree teknologi makanan ade kee untuk lepasan diploma sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diploma sains ni boleh dikatakan luas bidangnya. So nanti time degree boleh je mohon degree apa2.

      Boleh cuba nasib cuma kena compete sikit dgn budak diploma teknologi Makanan.

      Delete
  13. Dah check upu , alhamdulillah dapat diploma sains uitm 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. How can awak gembira,saya nak nangis kat siniii😭😭😭,like kawan saya yang sebijik results dengan saya dapat matriks,saya tak,malah yang lebih rendah dari saya pun dapat😭😭😭,ya Allah sedihh,diploma mahal,lama pulak tu,matriks murah,sekejap lagi,setahun je😭😭

      Delete
    2. Takpa rezeki awk kat situ .. husnudzon .. mungkin diploma ni yg terbaik untuk awk.. follow the flow

      Delete
    3. Tahniah pada yg dpt. Btw uitm mana ? Saya uitm tapah.

      Betul tu mungkin rezeki awak dekat situ. Apa2 pun do the best. Saya doakan yg terbaik utk awak.

      Delete
    4. Ouh tempat sama dgn saya.

      Delete
  14. Salam bro ,kalau habis diploma sains ni nak sambung degree dlm bidang perubatan tu berapa tahun plk?satu lagi kalau result spm fizik n kimia dapat C boleh try mohon degree medic x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sambung degree cuma kena compete la dgn budak2 perubatan. Diploma at least kena dpt pointer 3.7 ke atas utk secure.

      Pasal keputusan spm tu saya tak berapa pasti tetapi ada kawan saya yg nak sambung degree medic, dia ambik repeat balik spm utk subjek yg dia dpt C mcm bio phy addmath. So saya assume maybe utk degree medic dorang still tgk keputusan spm.

      Delete
    2. Hye nk tanye kawan awak amik repeat spm lepas habis diploma sains ni ke?

      Delete
    3. Siapa yang nak sambung medic after dip sains better make sure spm subjek sains semua A atau B. Kalau c better amik spmu untuk subjek yg dpt C tu

      Delete
    4. betul sebab kos medic ni bidang kritikal semua org nak jadi syarat2 dia pun jadi ketat. Better ambik spm ulangan utk subjek2 yg C.

      Delete
  15. Diploma sains ni boleh kerja apa?🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jadi pembantu makmal atau pun apa2 yg relate to sains.

      Bidang ni luas so boleh je keje apa2.

      Mcm jiran saya dia graduan diploma sains, sekarang dia jadi ckg tuisyen subjek sains and math.

      Delete
  16. Hai awk, sy nk tanya, utk smbung degree dlm medic,sbb sy nk jd dktr, so perlu ke repeat addmath? Sbb addmath sy c utk spm, thnk you😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada kawan yg nak sambung degree medic, dia repeat subjek sains dan addmath spm. Apapun semua bergantung kepada rezeki dan jgn berhenti berusaha. Insya allah kalau rezeki awak jadi doktor ada la nanti.

      Delete
  17. Hi, saya student dip sains tapah. Masih dilema untuk pilih course for sem 4 nanti. If degree sambung course math, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. omagidd student tapah haiiii. Boleh je nak sambung degree course math. Kalau awak nak sambung course math time degree nanti, saya sarankan awak ambil aliran physics. Apapun keputusan terletak ditangan awak. Saya doakan supaya awak dpt buat keputusan yang betul aminn.

      Delete
    2. hello saya pn dari tapah nak tanya sambung aliran phy boleh ke masuk engineer civil?cgpa berapa? n kena cek ke spm?

      Delete
  18. hi, asking for a friend here, masa study course ni dulu awak ada tak software atau program komputer yg mmg kena pakai untuk mana2 subjek?

    TYIA

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually depends on lecturer. Mcm lecturer saya mostly tak suruh kita orang pakai software apa2 sepanjang 3 sem terawal. Kelas lain ada yang pakai software. saya sem 4 baru pakai software itupun sbb saya aliran fizik. Kalau aliran biologi saya xpasti dorang ada guna any software atau tak.

      Delete
    2. oh ok2 terima kasih,sebab kwn nk prepare laptop siap2...nnti dh masuk xrushing sngt

      Delete
    3. Sama2 dan goodluck utk kawan awak tu.

      Delete
    4. Ssps , untuk subjek STA108. Tapi ni masa sem 4. Kalau untuk sem 1 - sem 3. Tak guna apa2 software 😊

      Delete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. hi awak. saya pun diploma sains di uitm tapah. awak rasa patut tak kalau saya terus kerja lepas diploma? and lepas 2 3 tahun camtu saya sambung degree? awak rasa mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh uitm tapah jugakk. Saya pun mcm awak jugak tak tahu sama ada nak sambung degree atau kerja.

      Tapi disebabkan saya ni tak berapa minat nak belajar so saya pilih utk kerja lepas diploma. Juga saya nak timba pengalaman bekerja dan nak tgk dunia luar tu mcm mana.

      Mcm kawan saya pulak dia jenis nak study sampai master then baru kerja sbb dia nak jadi lecturer or nak kerja jwtn yg tinggi so kena ada kelayakan pendidikan yg tinggi.

      Awak boleh try bincang dgn family pasal ni dan cuba mintak pandangan dorang.

      Delete
    2. Hi awak. saya anon yg lain. saya alumni tapah gak. saya berniat nak kerja hospital guna sijil diploma sains ni. agak2 boleh ke?

      Delete
    3. hi redemy, awak kerja lepas habis diploma? kerja apa ya? is it kaitan dengan bidang sains?

      Delete
    4. Hahahah saya tak habis belajar lagi. Saya baru nak masuk sem 5

      Delete
  21. Hi may i ask, kalau kita ambik dip sc uitm then boleh ke sambung degree dkt u lain contohnya veterinary dkt upm?

    ReplyDelete
  22. salam boleh tak kalau nk list topic yg belajar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, list topic utk sem brape eh ? btw diploma sains ni subjek2 dia lebih kurang mcm subjek sains tulen masa skolah menengah dulu cuma dia lebih dalam dan spesifik. Just ada penambahan subjek mcm statistik, komputer dan lain2.

      Delete
  23. mcm mana nk dptkan any notes atau slideshow ke abt the syllabus or topics?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada tapi rasanya setiap sem ada perubahan isi subjek. So better tunggu notes dari lec sem terkini.

      Delete
  24. hi assalamualaikum sis, nak tnya sis ada minta ptptn tak? saya cuba nak mintak tapi kan takde kod as120, yg ada kod lain, sya confused...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, sis tak ambik ptptn tapi kawan2 sis yg sama kos dorang boleh je apply ptptn. Cuba try tgk balik.... tak pun try contact pihak universiti or ptptn

      Delete
    2. Awak boleh try minta dermasiswa for b40. Saya dapat satu sem RM3700+ . And tak perlu bayar balik. Cuma maintan pointer 3.0 keatas sahaja.

      Delete
    3. Betul tu . Kawan saya ada yg ambik dermasiswa ni

      Delete
  25. hai. nak tanya . saya dapat tawaran unikl course dip medical lab dan tawaran uitm course dip sains. saya minat dip medical lab tapi sayang nak lepaskan uitm tu. saya takut sebenarnya dengan dip sains sbb de calculus disebabkan saya lemah dalam bab kira-kira ni and tak berapa suka addmath and sains ni macam belajar masa spm. so mana pilihan yang bagus ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk antara pilihan kos2 tu. Saya rasa better awak fikir masak2 mana yg awak lebih prefer or boleh bwk. Jgn tergopoh-gopoh buat keputusan. Sejujurnya, saya pun dulu pilih uitm sbb yuran murah dan kos yg ditawarkan agak menarik dan saya boleh bawak :). Btw pembelajaran dan exam dekat Uitm semua in english.


      Bagi saya la kan kalau utk subjek calculus tu, tak cuba tak tahu an. Saya pun lemah bab kira2 masa zaman skolah dulu. Addmath xpernah lulus dan math pernah gagal. Masuk je universiti alhamdulillah, dengan usaha lebih serta doa dan bantuan lec serta kawan2. Saya dapat keputusan cemerlang utk subjek math.

      Delete
    2. saya rasa macam sayang nak lepaskan peluang uitm tu tapi takut sangat calculus. sbb spm dapat D je addmath and math B+.kalau boleh nak elak math/addmath tapi peluang uitm bukan semua boleh dapat kan.

      Delete
    3. Saya masa skolah dulu addmath utk spm D jugak.

      Mcm saya ckp sblm ni, apa2 keputusan awak kena buat berhati2 dan tgk mana yg awak rass boleh bawak dan minat

      Delete
    4. diploma sc belajar addmath ? bukan chemis fiz and bio je ? kira kira fiz tu takyah kira laa.. addmath sy fail tau tak.. sekali lagi , dip sc belajar addmath ken?

      Delete
    5. Ada blaja sikit2 pasal math....diploma sains ada blaja subjek lain jugak selain subjek sains tu

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Klau amik diploma in applied science ni boleh sambung ke engineering tak? Aerospace/aeronautical engineering ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya boleh je sbb diploma sains ni mcm basic sains so boleh je apply mana2 degree berkaitan sains...

      Delete
  28. Akak Saya dapat diploma sains Saya nak Tanya kalau Saya ambil fizik or bio time sem 3 Saya beleh Tak skip sem time degree

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends on kos yg akan diambil masa degree. Contoh: kalau ambil aliran bio dan degree nanti sambung kos berkaitan bio dekat uim. Pastu maybe sem 1 or sem 2 time degree tu subjek dia awak pernah ambik time diploma dulu. So awak boleh je skip sem tu masa degree.

      Delete
  29. Hi , kat mana nak dptkan any notes for diploma in science sbb I dpt tawaran dip Sains ☺️If tak keberatan sudi lah share dgn I sbb I nak explore all the topics dulu sblum msuk u nnti. Thankyou 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah saya akan cuba cari jalan utk share nota2 berkaitan diploma sains

      Delete
    2. nota tu dah boleh start ambik ke?? kalau dah boleh sy nak tau kena amik kat mana?

      Delete
    3. ada dekat latest post maaf lambat saya ada exam muet

      Delete
  30. Kalau saya nak sambung degree pengimejan perubatan saya perlu sambung bio atau fizik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa mana2 aliran pun boleh. Cuma kalau nak skip sem time degree nanti better ambik aliran yg subjek dia ada kaitan dgn subjek utk kos yg awak nak ambik time degree nanti.

      Delete
  31. Assalamualaikum saya ada satu soalan boleh tak kalau untuk diploma sains lepas graduasi nanti boleh tak kalau kerja terus dengan bidang diploma sains.

    ReplyDelete
  32. hi.. saya nak tnya.. saya dpt smbung diploma sains ni dkat uitm.. lps diploma, ingt nak smbung medic tapi dia kan tgk result spm jugak.. so misalnya saya score dlm diploma, tapi SPM saya bio C+, chm C+, phy C, addmt B.. agak2 boleh lepas x interview medic tu ?? 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap saya dia still tgk spm. Itupun kalau awak sambung degree kat local universiti. Kalau swasta saya rasa dia xpandang sgt spm janji diploma awak buat yg terbaik.

      Kawan saya ada yg sanggup repeat paper yg dia C masa spm untuk sambung medic kat local universiti.

      Apapun saya harap awak berjaya dpt apa yg awak nak :)

      Delete
  33. salam nak tanya, saya student dip sains juga..nak tanya untuk sem 4/5 aliran fizik (memandangkan awak masuk fizik juga jadi saya nak tanya lah org berpengalaman hehe),, boleh tak awak terangkan secara ringkas tentang FYP dan juga segala cabaran yang berbeza di sem 4 dan 5 selain sem 1,2,3..mmm rasa macam nak buat persediaan awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh segala cabaran eh. Btw saya xmasuk sem 5 lagi.

      Apapun masa sem 4 ni dimusim corona ni bagi saya agak memcabar sebab subjek2 sem 4 ni agak berat bagi saya lagi2 kod elektronik. Saya xberapa suka kod ni. Satu lagi subjek statistik ni awak kena blaja btul2 sebab subjek ni utk dpt A senang dan utk gagal pun boleh jugak. Depends on usaha

      Apapun gudluck :) sediakan mental dan fizikal. Bagi saya kos ni best sebab ada lab. Hahaha buat eksperimen. Jgn leka masa sem 1. Jgn jadi mcm saya ni masa sem 1 main2 sampai result tu ya allah takut nak sebut. Nasib sem 2 cepat sedar. Hahaha

      Delete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. hi saya nk tanya.kalau time sekolah tak ambil aliran sains tulen tapi sains moden dapat A boleh ke apply diploma sains ni?sebab saya berminat sangat nak apply farmasi kos time degree nanti.saya pernah ada pengalaman 2tahun jadi assistant pharmacy dan berminat nak sambung belajar diploma farmasi.tapi xda bio fizik kimia dlm spm..cuma sains biasa.boleh beri pjelasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak berapa pasti tentang tu sbb saya memang dari aliran sains tulen masa skolah dulu. Btw rasanya maybe boleh utk universiti swasta tapi kalau utk universiti awam saya tak pasti.

      Delete
  36. Hi... Saya nak tanya apa syarat kelayakan nak masuk course ni sebenarnya? Boleh ke yang tak amik sains stream amik course nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ! Syarat kemasukan ada byk tapi setahu saya kalau utk lepasan spm. Hanya lepasan spm yg ambik sains stream ja boleh amik course ni sbb dekat syarat kemasukan lepasa spm dia ada mintak samada subjek bio, fizik atau kimia. Utk tahu lebih lanjut boleh pegi link ni https://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2019

      Delete
  37. salam, nak tanya. kalau nak jadi vetrinar mereka still akan tgk spm ke? sbb saya takda bio. dia diganti dgn lukisan kejuruteraan. saya kena re-take spm paper bio ke mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, saya tak pasti tentang tu sbb selalunya kursus veterinar kat universiti awam akan tgk balik result spm kita like bio or fizik or kimia. kalau universiti swasta saya xpasti.

      Delete
  38. Hai, saya nk tanya diploma sins kan ade subjek chm131 ,biasanya buku rujukan apa yg sesuai untuk subjek ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm saya dulu belajar just refer slide or nota yg lecturer bagi ja. So saya lupa da buku apa yg madam saya bagi dulu. Jgn risau selalunya reference book ni lecturer akan gitau masa belajar nanti.

      Delete
  39. Hi sis, sy just nak tanya pendapat... Skrg musim odl and next sem sy dah masuk sem 4 but still tak tahu nk pilih yang mana sbb when belajar f2f, I more to phy but since odl ni sy more to bio.. and results sy utk sem lepas pun lebih tinggi bio berbanding phy... But I still confuse nak pilih yg mana😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, saya just bagi pendapat melalui apa yg saya tahu dari komen yg awak tulis tu. Bagi saya baik awak proceed je dgn subjek yg latest awak boleh score. kalau skrg awak lebih score subjek bio then just proceed.

      pilihan aliran bio or fizik ni xde effect sgt pun sbb nanti graduate still sijil diploma in science ja dia xde state pun awak aliran mana.

      So nasihat saya, better awak proceed dgn subjek yg awak boleh score supaya cgpa awak cantik bila graduate nanti. apapun yg penting just enjoy your study okay jgn stress2.

      Delete
  40. Hi, just want to ask your opinion.

    I currently in my last sem for DiS and sekarang permohonan untuk penerapan dah open. I fikir nak apply for degree meds in uitm. Tapi tengok dia punya requirements, SPM 5Bs, Bio, Chm etc.

    My CGPA is good enough i think, tapi result spm i, Bio dapat C+. Should I just apply or consider taking something else?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi ! bagi pendapat saya, kalau awak rasa keputusan awak boleh untuk ambik medic dan awak suka serta mampu untuk belajar kos medic then teruskan je apply.

      Delete
  41. Salam sis , klu saya dri aliran acc untuk spm, and then saya nak jadi dentist. Tpi saya tak amik subjek bio , fizik, kimia semua. So how eh? Blh ke saya amik diploma sains ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, memang syarat untuk ambik diploma sains kat uitm kena ada subjek bio chm fzk time spm tapi kalau kat universiti awam lain saya xpasti lak.

      Delete
  42. Assalam sis,tumpang tanya..saya merupakan aliran sains komputer,fizik dan kimia saya ambil cuma biology xambil..boleh ke saya mohon diploma sains?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, boleh ja rasanya. Apa pun rujuk kembali syarat kelayakan memohon diploma sains dulu ye sebelum mohon... mana la tahu dah berubah

      Delete
  43. hye awak, nak tanya kalau saya nak ambik dip in science dkt uitm ni boleh continue tak utk degree in dietetik and pemakanan still in utim ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye awak jugaa, boleh sangat. Make sure belajar2 elok dapatkan result cgpa diploma yg bagus at least dpt pointer 3.5 ke atas tu dah secure lah.

      Delete
  44. Saya nak tanya... Kalau diploma sains gunaan ni sem 4,5 pilih phy... Degree nanti boleh ke ambil sains perubatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je sbb dekat sijil xde state pun kita aliran mana just state diploma sains. Macam saya aliran fizik time diploma, tiba2 sambung degree in biomolecule.

      Delete
    2. tengah sambung degree in biomolecule ke skrng ni? berapa cgpa dia nak

      Delete
    3. biomedical engineering/biomolecule dia tengok result spm tak? ke apply time degree isi result diploma je

      Delete
    4. saya tgh sambung degree in biomolecular science. saya mohon by penerapan uitm. Saya rasa cgpa kena atas 3.0 sbb time saya mohon tu cpga saya 3.54

      tak silap saya mohon penerapan degree just isi result diploma. kalau mohon course ni guna jalan UPU maybe tgk result spm skali.

      Delete

  45. Hi! Saya nak tanya, kalau ambil Diploma Sains, ada ke course Zoology? Tentang binatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, maksud awak subjek zoology eh or berkaitan haiwan.

      Saya aliran fizik sem 4 dan 5.

      cuma saya ada dengar2 yg sapa ambik aliran bio ada belajar pasal animal kingdom semua tu jugak.

      Saya tak pasti la saya ni menjawab soalan awak ke tak hahhaha sorry...

      Delete
  46. Hai nk tanya...klau untuk optometri boleh ambil kos ni jugak ke..ke kos lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ! boleh ja ambik diploma sains. Diploma sains boleh dikatakan sebagai kos basic sains la. So nanti boleh ja nak apply mana2 bidang sains time degree nanti. Tapi satu ja kena la skor bagi result cantik ya

      Delete
  47. Hai...nak tanya,kalau lemah english takpa kah? Dan still boleh score tak? Sbb sy kat sekolah menengah belajar subjek bio chem fizik semua guna bm . Jadi english sy kurang sikit TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak ! yes you can dan yang penting you ada usaha nak belajar. Saya pun dulu belajar dlm BM masa skolah menengah dulu dan saya pun english ni tak berapa reti sgt. Masuk universiti ha bahasa inggeris lak subjek2 dia tapi alhamdulillah saya usaha then berjaya la juga tamatkan diploma sains ni dgn result AD (dekan) cuma tulah tak ANC (dekan semua semester) ja.

      Delete
  48. Macam mana nk jdi nutritionist ? @redamy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ! nak jadi nutritionist saya tak pasti.

      Delete
  49. hai. currently saya pun ambik dip sains. saya baca komen komen sebelum ni dan contoh kalau saya nak sambung dentistry, result spm dia akan tengok jugak. tapi untuk spm, bio saya c+ dan addmath saya d :< jadi saya perlu re-sit dua paper tu, kan? cuma persoalan saya, macam mana proses untuk duduki balik paper spm? adakah sejajar dengan musim spm pelajar sekolah atau untuk re-sit, waktunya lain? saya tertanya sama ada akan re-sit paper tu sekali dengan pelajar spm atau berasingan? maaf kalau soalan saya agak memeningkan :'<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ! soal re-sit paper saya kurang pasti sebab saya tak pernah re-sit paper.

      Adalah lebih baik untuk re-sit paper just incase awak risau tak lepas syarat2 kelayakan dentristry sbb tak silap saya syarat kelayakan dentistry ni ketat sbb ramai yang mohon.

      saya rasa awak akan re-sit paper tu secara berasingan sbb daftar atas calon persendirian an.

      maaf kalau jawapan saya kurang membantu

      Delete
    2. teima kasih!! jawapan sangat membantu hehe. satu lagi saya nak tanya, saya tengok course outline saya tadi untuk sem 4 dan 5 tak ada letak bio, cuma letak phy tapi dia sebut elective. jadi memang sem 4 nanti saya ada peluang pilih bio atau kena ambil fizik??

      Delete
    3. awak boleh pilih sama ada nak sambung aliran fizik atau bio sem 4 nanti. Saya takde course outline utk aliran bio maaf sbb saya sambung aliran fizik masa sem 4. Insya allah saya cuba usaha untuk dapatkan course outline aliran bio dari kwn2 saya yang ambik aliran bio

      Delete
  50. salam sis�� saya nak tanyo. saya nak jadi dentist and tahun ni saya spm . aliran yang saya ambik kimia fizik addmath tapi tkde bio����apa perlu saya buat??bersedih??tentu tidak kan kak. saya nak tnye lepas saya dpt result spm nnti saya nak sambung belajar dekat mana? semasa sambung belajar tu saya kene ambik spm bio kan???harap akak notice la sebab dah berpuluh website saya pergi tkda satu pun notice����

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak.. saya tolong jawab apa yg saya tau.. berdasarkan requirement degree in dentistry, semua perlukan subjek bio spm. sama ada awak masuk matrik, stpm, diploma or A-level. semua perlukan subjek bio. kalau boleh re-sit subjek bio, re-sit lah untuk cukup syarat kemasukan dentistry. saya sarankan awak tanya kaunselor pasal re-sit exam spm okay :) harap membantu.

      Delete
  51. Kalau saya spm tak ambil fizik bio kimoa . Tapi sains saya A solid . Boleh ke ambil bidang ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk masuk diploma sains kena refer syarat kemasukan dia. rasanya perlu at least ada dua subjek sains samada kimia atau bio atau fizik. Apa2 boleh refer syarat kemasukan diploma sains uitm. maaf reply lambat saya busy dengan study.

      Delete
  52. Sorry.. Nak tnye kalau nak jadi ortopedics.. Lagi perlu ambil kos diploma sains or diploma fisioterapi? Which one better?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. saya tolong jawabkan.. orthopedics ni doctor. so awak kena masuk medical school. fast track, awak masuk asasi/matriks, then apply medics degree. nak jadi orthopedic surgeon kena sambung lagi (if i’m not mistaken). awak boleh apply diploma in sains, tapi makan masa yg sangat lama :) i’m not sure kalau diploma in fisio boleh sambung medic or not. awak boleh buat research dekat afterschool website okay! betulkan kalau salah

      Delete
  53. Thanks for the information ;-)

    ReplyDelete
  54. hi asalam. saya dapat result spm 3A je dan subject sains seperti phy,bio chem dapat B/B+ addmath C. yang saya A tu adalah math bi and sej. agak2nya lepas tak kalau nak mohon diploma sains ni? dari syarat kemasukan mmg mcm lepas tapi saya takut kalau berdasarkan merit tak lepas? sebab diploma sains saya tgk merit dia kena 63.8 dan merit saya hanya 62.7 boleh bagi penjelasan tak sebab esok dah nak kena kemaskini upu. huhu takut sangat tak dapat dip sains ni sebab ni je macam harapan saya. pleasee noticeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi awak.. lepas awak. saya 4A , chemistry C+, Addmath D. saya boleh masuk diploma sains.

      Delete
    2. hi awakkk terima kasih sebab sudi jawabb. huhu saya takut tak lepas sebab yang merit2 tu. awak buat dip sains as first choice eh?

      Delete
    3. saya amik farmasi first choice. haha sah2 mmg tak lepas. diploma sains 2nd choice, (tak ingat uni mana) dip sains uitm punya 4th choice :)

      Delete
    4. i seee. okay goodluck in your studiess:))) pray 4 me dapat this course hehe.

      Delete
    5. aminn semoga dipermudahkan urusan awak2 semua

      Delete
  55. Hai nak tanya boleh ker lepas ambil diploma sains ni terus nak jadi guru sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru lepasan spm so tak tau lagi mna nak choose so confuse

      Delete
    2. guru sekolah kena ambil course pendidikan. lepasan diploma sains awak boleh jadi pembantu makmal/pembantu pegawai sains dll. untuk jadi guru sekolah, saya rasa awak kena sambung degree dalam pendidikan.

      Delete
  56. Assalamualaikum kalau nak ambil diploma sains ni minimum berapa A ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, saya tak pasti berapa A kena dapat. saya dulu 5A itupun subjek yang A bukan subjek sains tulen. subjek sains tulen saya mostly C+ . maaf reply lambat saya busy study.

      Delete
  57. Dip Sains boleh mintak degree MLT atau mikrobiology tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, ada je lepasan diploma sains yang sambung mikrobiology.

      Delete
  58. diploma sains ni boleh sambung programming ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti pula. kalau nak lompat kos time degree ni better skor or buat yang terbaik time diploma . saya rasa tak ada masalah untuk lompat kos.

      Delete
  59. hi saya nak tanya , kalau ambik diploma sains ni boleh ke nak sambung degree dlm medical imaging dekat uitm ??

    ReplyDelete
  60. Diploma sains ni boleh sambung utk jdi cikgu biologi ke? Laluan nya mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, cuma saya tak pasti kos apa sebab kos degree education ni byk. maybe awak boleh cuba cari info tentang degree pendidikan biologi.

      Delete
  61. Salam saya nak tanya kalau saya x ambik bio dlm spm boleh x saya ambik course ni . Susah x nanti kalau xde basic

    ReplyDelete
    Replies
    1. syarat wajib diploma sains rasanya kena ambik at least dua subjek tak kisahlah biologi atau fizik atau kimia masa skolah. bagi saya kalau tak ada basic pun okay ja study. sebba 3 sem pertama dlm diploma sains ni sebenarnya mcm belajr balik subjek sains tulen zaman skolah menengah.

      Delete
  62. Salam...kalau ambil diploma sains ni dapat pengecualian credit tak..dia tolak berapa sem untuk degree?..sebab ramai kata diploma lebih lama untuk habiskan degree..kalau boleh terangkan berapa tempoh masa dari diploma ni sampai habis degree...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, setahu saya dapat pengecualian kredit kalau sambung degree dalam faculty yg sama sahaja. kalau lompat kos fakulti lain saya xpasti boleh pengecualian kredit atau tak. tempoh diploma or degree ni ikut kos juga. Mcm saya sambung diploma sains dalam 2 tahun setengah pastu saya sambung biomolecular science dlm 2 thn setengah juga sbb ada pengecualian kredit. total dalam 5 tahun.

      Delete
    2. ohh baik...kiranya ada pengecualian kreditlah plus minus lbh kurang ye. tksh

      Delete
  63. sorry saya nak tanya, kalau amik diploma sains 2 tahun setengah then degree berapa tahun ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends on kos degree awak juga. Kalau sambung degree dlm fakulti sama boleh la dapat pengecualian kredit so dpt potong smester.

      Cth:

      diploma sains = 2thn setengah
      degree biomolecular science= 2thn setengah ( lepas dpt pengecualian kredit)

      total = 5 tahun

      Delete
    2. Hai saya nak tanya , kan awak cakap boleh potong semester kan , so maksudnya contoh dekat degree, student lain study sem 1 so kita terus masuk sem 3 serentak la? Atau kita kena tunggu sem 3 , baru start study? Saya harap awak faham soalan saya hehe

      Delete
    3. aah, masuk terus sem 2 atau sem 3. depends on berapa kredit boleh potong.

      Delete
  64. Kalau dapat diploma sains, nak sambung medic adakah transfer credit ataupun kena ambil medic 5 years juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kurang pasti tentang itu. Apa yang saya tahu kalau sambung kos degree dalam fakulti yg sama baru dapat transfer kredit.

      Delete
  65. HI sis! saya baru dapat tawaran uitm dip sains . But sy confuse nak accept diploma or matriks.. Sy berminat dalam bidang physiology..adakah degree bidang ni jugak akan tengok result spm?;( physic dan addmath saya c dan c+..sedih.. antara matriks satu tahun aliran sains atau pun diploma sains dua tahun setengah yang better untuk odl ni. Takut gila tengok subject2 dip sains..takut takleh bawak.. Pandangan sis pls..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya pasti jika dia tgk result spm tapi untuk lebih selamat mungkin awk boleh try ambik spm ulangan utk subjek2 yg wajib utk memenuhi syarat bidang itu. Actually subjek diploma sains lebih kurang dgn matriks. Insya Allah boleh je matriks atau diploma sains. Yang penting awak nak belajar.

      Kalau sis dulu jenis tak kisah nak masuk matriks atau diploma. Tapi sis pilih diploma sbb nak rasa kehidupan Universiti. Sis memang tak suka kehidupan ala2 asrama sbb sis jenis tak boleh follow schedule. so, matriks memang bukan pilihan sis.

      Soal nak sambung mana time ODL ni saya rasa mana2 pun susah sbb belajr online. Jadi buatlah pilihan yang baik.

      Delete
  66. hi, nak tanya saya dpt diploma sains dan matriks sains. saya berminat nak sambung pharmacist tapi spm saya physics dpt C+ and add maths C. pastu yuran diploma sains brp overall? ibu saya cadang ambil matriks sbb murah tapi saya rasa takleh bawa matriks sbb pact sgt schedule dia. minta pandangan tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, saya dulu pun dapat tawaran matriks sains tapi saya pilih diploma sains atas sebab saya jenis tak boleh follow schedule. Kalau awak rasa tak mampu nak bayar yuran uitm, matriks adalah pilihan yg baik sbb semua ditanggung kerajaan dan ada elaun lagi setiap bulan. just belajar rajin2 ja

      Yuran UiTM murah saja anggaran dalam rm560 lebih utk satu sem. kos diplomas sains ada 5 semester. Kalau ikut total yuran saya dulu dalam 3k - 4k untuk 2 tahun setengah. Bagi saya agak murah sbb kalau tak mampu pun boleh cuba ambik biasiswa atau pinjaman belajar. Uitm juga ada option mcm zakat dan lain2 incase pelajar tak mampu bayar yuran. Just inform HEA.

      Soal sambung pharmacist tu, saya cadangkan awak ambik spm ulangan untuk beberapa subjek wajib untuk memenuhi syarat2 degree pharmacist. atas sebab kos ni semua org nak jadi mesti byk saingan.

      Perihal nak sambung matriks atau diploma sains tu kena tanya diri awak balik. Kalau sambung matriks, boleh ke study dgn schedule yg pack? kalau nak sambung diploma, boleh ke awak disiplin, datang kelas, belajar tanpa disuruh?

      Dua2 ada pros dan cons nya. Yang penting awak dpt belajar dgn baik.

      Delete
    2. alright sis, thank you so much! also thru diploma sains uitm ni mmg boleh ke sambung bachleor for farmasi?

      Delete
    3. boleh je, cuma kena usaha lebih sebab kos farmasi tu agak kritikal dan ramai nak dan awak kena bersaing dgn budak asasi sains, matriks dan stpm.

      Delete
  67. nak tanya diploma sains ada addmath tak? pastu setiap subjek belajar dalam bahasa Inggeris ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diploma sains ada belajar math. jgn risau math dia agak senang sbb belajar balik math moden + addmath zaman skolah menengah dulu. Ya, UiTM memang semua subjek, assignment dan exam dalam bahasa inggeris.

      Delete
  68. Haii..saya nak tanya diploma ade elaun bulanan ke

    ReplyDelete
  69. Hii im tapah student soon, em nk tnya, dip sains student yg further their deg in the same fakulti which is sains gunaan dpt cut credit kan??em dia yg dpt cut tu certain kos in deg je ke or as long as under same fakulti ttp akan cut credit?sbb sy ada jumpa lpsn dip sains yg xdpt cut credit dn seperasan sy dia dlm fakulti yg sama time deg tuu..mohon pencerahan sifu �� thankss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh potong kredit kalau sama fakulti sahaja.

      nanti saya akan perjelas pasal pengecualian kredit ni dkt post akan dtg. Apapun kebanyakan subjek yg dpt dipotong kreditnya adalah subjek wajib UiTM mcm HBU dan juga subjek asas kepada kos itu.

      subjek yg dipotong kreditnya ada juga syarat2nya mcm kena dapat at least B+ atau C+. Jadi kalau dpt gred bwh yg diminta tak dptlah potong kredit. So better score A ke atas supaya senang nak potong kredit nanti.

      Delete
  70. salam.. awak boleh bagi alamat emel atau ig ke sebab sy ade beberapa soalan nak tanye

    ReplyDelete
  71. Hai nak Tanya saya nih bukan budak sns tulen blh ke ambil course nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, saya rasa mcm tak boleh. apapun syarat umum kos diploma sains mesti dpt Dua (2) Kepujian dan Satu (1) Lulus dalam mata pelajaran berikut :

      - biologi
      - kimia
      -fizik

      apapun2 sila rujuk syarat kelayakan dekat website uitm sebelum apply mana2 kos...

      Delete
  72. hi sis, sis saya dulu aliran science stream and mohon dip science as my first choice la but then result spm saya cukup makan sahaja, subjek sains saya semua credit tapi addmath saya kecundang betul(failed TT), lepastu saya tak dapat upu tapi saya dapat matriks accounting, and then lepas sebulan saya matriks, saya dapat offer dip science, apa pendapat sis? patut ke saya masuk dip science ni walaupun saya failed addmath? , tapi saya masih mahu belajar physics dan saya tak seronok belajar accounting di matriks ni sebab tiada basic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, pendapat saya ikut mana yg awak boleh bwk.

      Mcm saya dulu saya dpt bidang sains untuk matriks and diploma tapi saya pilih diploma atas alasan saya tahu matriks susah dan agak laju pembelajarannya.

      So, utk awak before buat keputusan nak pilih mana, boleh try listkan pros and cons dua2 pilihan. Bagi saya soal suka atau tidak tu tak penting sgt, yg penting boleh tak kita bawak subjek/kos itu.

      Math/addmath time diploma tak susah pun. saya masa skolah dulu selalu fail tapi bila masuk diploma A terus sbb lecturer ajar simple ringkas tapi padat ilmunya.

      Apapun saya doakan awak semoga dipermudahkan segala urusan awak. goodluck!!!

      Delete
  73. degree nanti ada byk pilihan la eh? bukan terjurus mcm jdi doctor,ahli farmasi je kan? saya dh sem 3 ayah asyik tnya ada practical tak..baru tahu ni takde HAHAAHAH.. haihh napelah upu bgi course ni.. spm xde la baguihh sgt T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak pilihan, boleh nak kerja dlm bidang pendidikan mcm ckg sains/ckg tuisyen atau pembantu makmal. aah kos ni tak ada praktikal.

      Delete
  74. Hai nak tanya beza tak diploma in science and diploma kesihatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, maaf saya tak tahu apa beza diploma sains dengan diploma kesihatan.

      Delete
  75. hi nak tanya dri stud dip tapah... saya nak lompat ke course degree engineer civil selepas dip sains bole ke? berapa cgpa diperlukan? perlu resit spm ke kalau tak memuaskan atau yg resit hanya utk yg mengakbil course medic( bio)?

    ReplyDelete

Post a Comment