Credit |
Assalamualaikum ,
Seperti yang kita semua tahu,keputusan SPM telah diumumkan .Tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang.Mereka yang mendapat keputusan kurang cemerlang,jangan sedih dan jangan berhenti berusaha kerana gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya.Post ini ditujukan untuk lepasan spm yang masih keliru tentang hala tuju mereka.
Aku nak kongsi sedikit pengalaman aku lepas habis spm.Jujur aku cakap memang susah nak buat keputusan untuk sambung belajar kat mana sebab semua nya ada kebaikan dan keburukan.tapi jangan risau dan harini aku akan kongsi kan apa beza semua yang aku sebut tu.
Diploma
-tempoh belajar antara 2.5 tahun - 3 tahun.
-pengajian diploma lebih tenang dan relax ( untuk orang yang jenis lambat faham disarankan ambil diploma )
-kursus telah dikhususkan.
-ada praktikal
-dapat pengecualian untuk subjek tertentu bila sambung degree
-boleh memohon untuk sambung degree secara penerapan/khas di universiti yang sama ketika diploma.
-sijil diploma boleh digunakan untuk cari kerja
-banyak pakai duit
-yuran pengajian diploma perlu ditanggung oleh pelajar itu sendiri kecuali mereka mendapat biasiswa atau pinjaman.
Matrikulasi
-hanya ada jurusan sains,akaun dan aliran teknikal sahaja.
-wajib ambil addmath
-jimat.
-dapat elaun (rm1250 untuk 1 sem)
-sijil laku untuk cari kerja.
-ada 3 modul untuk jurusan sains :
*modul 1 -bio,fizik,kimia
*modul 2 -fizik,kimia,sains komputer
*modul 3 -bio,kimia,sains komputer
-tempoh belajar 1 tahun - 2 tahun :
* PST ( program satu tahun )
=jurusan sains,akaun,aliran teknikal
=pembelajaran sangat padat dan laju.
=ada 2 sem sahaja
=untuk pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang
=pelajar tediri daripada bumiputera dan bukan bumiputera.
*PDT ( program dua tahun )
=pembelajaran kurang padat dan agak perlahan ( sesuai untuk pelajar yang lemah atau lambat faham )
=hanya ada jurusan sains sahaja
=ada 4 sem sahaja
=untuk pelajar yang dapat keputusan spm addmath D
=pelajar terdiri daripada bumiputera sahaja.
Pelajar yang mahu menyambung degree dalam bidang yang kritikal seperti perubatan,engineering,doktor. disarankan masuk matrikulasi kerana selalunya bidang kritikal memakan masa yang agak lama.pelajar yang cemerlang juga disarankan masuk matrikulasi kerana dapat jimat tahun.
Asasi
-pembelajaran yang laju seperti matrikulasi
-tempoh masa diantara 1 tahun ke 2 tahun.
-kursus telah dikhususkan.
-dapat elaun.(IPTA)
-tak boleh mohon kerja pakai keputusan asasi.
pelajar yang cemerlang juga disarankan masuk asasi kerana dapat jimat tahun.
STPM
-tempoh pembelajaran 1.5 tahun.
-sijil boleh digunakan untuk mncari kerja.
-jimat
Untuk mereka yang tidak mendapat apa2 tawaran belajar.Jangan sedih dan risau.Korang boleh apply pra diploma.apa tu pra diploma ?
PRA-DIPLOMA
-Program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar yang kurang berjaya, agar mereka juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.
-tempoh pengajian diantara 6 bulan hingga 12 bulan.
Apapun pilihan kita,matlamat kita atau tujuan kita semua sama iaitu untuk berjaya.Bagi yang kurang mampu,boleh apply biasiswa atau pinjaman.aku doakan korang semua berjaya capai apa yang korang semua mahukan dan jangan lupa untuk doakan aku jugak ye.
sekian.
Comments
Post a Comment