Diploma Sains sem 1

Assalamualaikum ,

My first group lab photo

depan - ( shu ,nanie ,aku ,najid)
belakang - (ecah , aina )

Halo !

So di pagi yang sangat indah ni .Aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku pada semester 1 .Okay ,pertama sekali aku nak sentuh sikit pasal subjek yang kau kena ambik sem 1 ni .Korang kena ambik subjek kimia,bilogi,fizik,elc,ctu,mat dan hbu .So ,elc ni macam subjek bahasa inggeris ,pastu ctu ni macam subjek agama ah dan hbu ni pula macam kokorikulum .Aku akan terangkan dengan lebih mendalam pasal subjek hbu ni di post akan datang .

Pada semester 1 ni aku ambik HBU115 iaitu Kesatria Kembara .Hah jangan lupa untuk beli lab coat .Jangan risau lab coat boleh beli dekat persatuan korang nanti .Lab coat ni penting tau , kalau tak ada tak boleh masuk makmal .So basically ,untuk sem 1 ni kau blaja fizik ,bio dan kimia macam kau blaja masa tingkatan 4 dan tingkatan 5 dulu .Serius aku tak tipu .Apa yang kau belajar masa form 4 dan form 5 dulu sama macam apa yg kau akan belajar sem 1 ni cuma dia tambah sikit je dan dalam bahasa inggeris .Aku tak tahulah universiti lain ,tapi Uitm semua subjek kena belajar dalam bahasa inggeris dan jawab exam pun kena bahasa inggeris .Tak kisahlah kau ambik kos apapun kat Uitm .


ni subjek yang kau akan ambik untuk sem 1 ni

Elc ,ctu dan hbu tiada final exam .Hanya paper bio ,fzk ,mat dan kimia sahaja yang ada final exam .Mat ni pulak dia macam kau ambik addmath masa sekolah menengah dulu .Which means ,basic addmath .Percayalah bila kau masuk universiti ,addmath ni actually senang je macam kacang goreng .Aku serius menyesal tak belajar addmath elok2 masa skolah dulu .heheheh .Aku sebenarnya tak ada benda sangat nak cite ,apapun nanti korang kena buat lab report .Lab report ni ada individu dan ada yang group punya .pastu nanti korang akan ada presentation ,kena buat poster (ctu) dan folio .

Aku sarankan korang start buat folio atau case study minggu pertama kuliah lagi .Jangan buat last minute .Rajinkan diri pergi bertanya kat lecturer kalau kau tak faham apa yg diajar tu .nanti korang kena hafal yasin .Jangan risau senang je .pastu nanti korang akan belajar cara nak guna mikroskop .Please download past year question dan BUAT .Kalau dl tapi tak buat tak guna jugak .Buku rujukan penting gak .Kalau ada duit lebih sikit beli lah .Kalau tak ada ,boleh pinjam dekat PTAR .No excuse .Kalau hendak seribu daya , kalau tak hendak seribu dalih .

lawa an

semut gais 


last photo

gonna miss u guys so much 

So itu je untuk post kali ini .

Sekian .

Comments

  1. Silibus uitm ngan upsi sama ke?

    ReplyDelete
  2. Lab coat mesti beli dkt uitm? Mesti ada logo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsemestinya. Kalau awak ada lab coat masa zaman skolah dulu or kakak punya ke boleh je pakai. Ada kawan saya tu dia pakai je lab coat kakak dia yg blaja kat matrik dulu.

      Delete
  3. Assalamualaikum saya nak bertanya.. awak ada nota untuk semua silibus tak? Softcopy? Kalau ada izinkan saya untuk menggunakan nya boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, boleh je ada kat post saya yang latest https://redamy12.blogspot.com/2020/09/nota-diploma-sains.html

      Delete
  4. Assalamualaikum, nak tanya awak ada tak notes untuk semua silibus? Kalau ada, boleh tak kalau saya nak guna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, ada nanti saya letak di post akan datang.

      Delete
  5. Salam sy nk brtnya saya baru dpt tawaran bljr di upsi dlm kos diploma sains...adakah silibus di upsi dn uitm sama...blh x bg pncerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, saya tak pasti sama atau tak. maaf saya tak tahu.

      Delete

Post a Comment