Diploma Sains sem 4 ( Aliran Fizik )

Assalamualaikum,


tak sempat nak tangkap gambar kelas untuk sem ni :(


Hi semua, apa khabar ? dah lama tak update sori geng busy sikit. Ok harini aku nak bercerita tentang pengalaman aku sem 4 ni tapi untuk aliran fizik je tau. Korang jangan risau, aku akan cuba untuk dapatkan sedikit maklumat pasal aliran biologi dari member2 aku. So chill geng. Btw post kali ni agak panjang sedikit. So sblm tu nak buat pengumuman.....jeng2. kasi bunyi drum sikit.

Saya insan bernama AMY telah memilih aliran fizik sebagai laluan sem 4 ni. Keputusan yang amat sukar jugak lah nak dibuat sampai dekat seminggu aku tak tidur sebab memikirkan nak sambung aliran mana. Ada sekali tu sampai menangis wehy hahahah. Pastu aku kacau member2 lain tanya nak sambung aliran mana hihihi....sampai kena marah hihih. okay kita teruskan...

Ini adalah beberapa sebab kenapa aku pilih aliran fizik ni ?

  • Pertama, aku tak suka menghafal.
  • Kedua, otak aku lemah sikit berkaitan fakta ni.
  • Ketiga, Fizik more to logic.
  • Keempat, tak ada organic chemistry II ( ni nanti ada masa terluang aku cite psl benda ni)
  • Kelima, aku suka kira2.
  • Keenam, nak jaga pointer diploma ( nanti aku cerita dgn lebih detail pasal ni)
  • Ketujuh, aku ikut member sebenarnya hihihi ( ni jgn ikut hish2 apa ni amy )
  • Kelapan, korang nak byk2 buat apa
  • Kesembilan, dah kata tadi xde dah kan 
  • Kesepuluh, hish degil hahahahah

So caner faham tak ? Tak faham sudah. Mostly sebab2 aku lebih kepada merapu. Apa yg boleh aku katakan keputusan aku agak terburu-buru akan tetapi aku tak menyesal ini adalah kerana bagi aku subjek fizik tidak lah sesusah yang aku bayangkan. Ok kita masuk kepada perkara yg akan dipelajari pada sem 4 ini :


aku malas nak crop sem 5 punya hahah


So macam biasa kita ada 6 subjek wajib. Btw sem ni tak ada KOKO dah yeahhh. Dah boleh dah simpan baju koko dlm almari takpun jual ke ^_^ hahaha. So first, untuk aliran ni kita akan ada 3 subjek fizik dan satu subjek chemistry. Pastu ada subjek statistik dan juga subjek komputer. Untuk aliran ini korang just ada 4 paper final sahaja. Subjek yg ada final exam ialah kod PHY260, CHM256, STA108 dan CSC134. Lagi 2 subjek tu tak ada final tetapi ada banyak assignment.

Sebelum aku mula, cerita sem 4 ni berdasarkan pengalaman aku di musim PKP. So, belajar online. First, subjek chemistry sem ni agak senang sbb more to kira2 so takde dah kena hafal reagent ke la mcm sem 3. Pergh sem 3 mcm nak mati hafal semua chemistry punya reaction dan mcm2 lagi. 


Subjek Statistik pula bagi aku sederhana lah. Ini semua kerana statistik ni dia campuran kira2 dan menghafal. Bab menghafal tu hahaha aku hanya mampu gelak. Kira2 dia agak menarik pastu ada sedikit2 addmath mcm skolah menengah dulu  hahahah. Assignment kena pakai software. Nanti lec bagi gak.

ni assignment aku


Seterusnya, PHY260 lak, subjek ni berkaitan gelombang. So bila time experiment an, kena bergelap and just ada lampu yg digunakan utk exp ja. Bak kata lec kitaorang suasana lab jadi romantik sbb cahaya dia cam ape eh tak reti nak explain la hahaha. Btw aku just sempat masuk lab utk subjek ni sekali je. Subjek ni kira2 dia xdelah susah mana kiranya tahap sederhana. 

Next, PHY310. Subjek ni bagi aku, subjek ni dia mcm berkaitan sejarah atom wehy. Aku ingatkan lepas ambik aliran phy aku tidak payah menghafal teruk2 dah mcm dulu. Sekali hahha ok subjek ni byk menghafal tetapi bagi aku senang sbb fakta dia semua menarik. Untuk subjek ni ada 2 assignment video. Ni aku serta kan video assignment aku utk subjek ni:https://www.youtube.com/watch?v=M19K7GAbfM0 . Alang2 tu subscribe la channel aku. Manatau aku nak upload pasal uitm tapah atau kos diploma sains ni ke. hehehhe.

Next, CSC134. Subjek ni bagi aku agak kurang menarik sbb more to menghafal. Perkara menarik tentang subjek ni adalah bhgn lab dia. Sbb kita akan belajar tentang basic skill microsoft. So dgn adanya ilmu or skill microsoft ni nanti senanglah incase korang kena guna microsoft excell ke time keje nanti. At least korang ada ilmu. Btw subjek ni pun ada assignment video. Ni link dia :https://www.youtube.com/watch?v=2NnHmNQKmXA . 

Next, PHY340. hahahah subjek ni bagi aku sumpah susah ( dia susah start chapter 6 ke atas je ). Maybe sebab aku tak minat electronic kot. Nak menangis jawab final ritu. Aku tak sempat habis jawab :( sedihhh. Btw subjek ni ada pakai software (lec akan bagi). Haa part simulation je yg best utk subjek ni. Seronok wehy main pasang2 litar. Aku ngan kawan aku sampai addicted hahahaha. Aku sertakan gmbr litar yg aku buat :

ni invertered

So sampai sini jelah perkongsian hari ni. Tak ada apa sgt aku nak share utk sem ni. Yelah belajar online je an. Nantikan post akan dtg iaitu pasal pengalaman aku sem 5 utk diploma sains dan juga MUET.....ye gais sem ni aku ambik MUET...Neves lahai

Sekian terima kasih.

Comments

  1. goodluck redamy!!! saya baca semua posting awak tauu heheh

    ReplyDelete
  2. Hye, kalau saya dapat dip sains gunaan dekat UITM tapah, boleh awak senaraikan bidang yg boleh saya sambung time degree nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah, saya akan cuba senaraikan di post akan datang.

      Delete

Post a Comment