Assalamualaikum guys !
Hi, so sampai lah sem terakhir aku sebagai seorang pelajar diploma sains di UiTM Tapah. Banyak kenangan pahit dan indah yang ku lalui sepanjang bergelar pelajar diploma sains di UiTM Tapah. Aku sempat belajar 3 sem ja dekat kampus Tapah dan 2 sem lagi di rumah ye. Seperti biasa aku akan terangkan tentang subjek2 yang ada sem ni. So without wasting time, let get start it....
Subjek untuk sem 5 ni adalah:
Subjek aliran fizik sem 5 |
So, aku sebenarnya an tak tahu nak cerita apa untuk post ni sebab aku belajar online. Tapi untuk korang aku cuba jugak la cerita sedikit pengalaman aku di sem 5. Sem ni kita ada 6 subjek dan kalau korang boleh tengok kredit subjek semua tinggi lagi subjek PHY370. CUAK TAK ? HAHAHA CUAK WEHY
untuk subjek CHM260 ni ha seperti mana korang baca nama dia basic instrumental analysis. Untuk pengetahuan korang an subjek ni sangat susah bagi aku sebab aku xsuka. Aku antara pelajar yang dapat markah rendah untuk test kalau subjek ni. Rakan2 aku semua boleh score subjek ni tapi tulah aku ni ha xboleh. ye subjek ni ada final exam.
Next, subjek CHM361. Ha ni satu lagi susah jugak sbb hg kena byk buat struktur chem tu ala yang mcm ni C=C=O haaa aku ni lemah sikit hafal nama2 untuk fucntional group ni. ye subjek ni pun ada final exam.
Seterusnya subjek ENT300, aku boleh katakan yang aku rasa nak mengamukkkk. subejk ent300 ni sebenarnya subjek statistik wehy. hahaha sebab aku kurang gemar subjek ni tapi alhamdulillah A. Banyak kena hafal definisi2 dia dan kira2 dan format. pastu ada kena buat pelan bisnes dan lain2. Tak ada final exam tapi ada final assessment.
Next, FSG301. subjek ni senang gila. dah tak silap aku subjek yang baru diperkenalkan start batch sebelum aku. Subjek ni belajar pasal benda2 yang kau kena buat dan dilarang buat di dalam makmal. Sepatutnya kami kena buat event tapi sebab covid-19. Tak ada final exam.
Seterusnyaaaaa, PHY351. Subjek ni aku mampu geleng kepala wehy. Semua kena hafalll arghh sakit kepala kadang2. Banyak pasal sejarah phy. Ada la sikit2 kira2. Ada final exam okay.
AKhir sekali, PHY370. Subjek ni paling gerunn wehy sbb subjek ni ada FYP. ha apa tu FYP? adalah bermaksud final year project. sambil2 korang belajar subjek PHY370 ni korang kena siapkan fyp ye. Kelam kabut jugak aku dulu. Make sure minggu pertama sem 5 tu korang dah survey pensyarah2 yang korang rasa layak untuk jadikan supervisor korang. Untuk phy370 ni tak ada final exam. FYP pula ada byk wehy assignment dia mcm mini proposal, presentation dan proposal betul. Nasihat aku an, kena pandai pilih supervisor. Kalau hg pilih supervisor yang jenis strict kat markah nasib ah. Rezeki aku dpt supervisor yang baik, memahami, tak kedekut ilmu dan tak kedekut markah. Ada yang kata supervisor lelaki lebih okay dari supervisor perempuan. alhamdulillah fyp aku berjaya lulus dengan cemerlang. Nasib baik lulus wehy sbb aku ada dgr yang kalau xlulus FYP hg kena repeat balik wehy sem ke subjek ntah.
so tu jelah sedikit sebanyak pengalaman aku di sem 5. Tak ada yang menarik pun wehy. bosan gila kelas sejak ODL ni tapi nak buat camna an terpaksa. Ni link2 video assignment ni. So guys, terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca post ni. Pastu korang jangan lupa pakai mask dan jaga SOP. Luv u guysss
Sekian terima kasih.
hi awak 😄 saya nak tanya, untuk fyp kan, topic untuk project kene based on silibus atau topic yang takde kaitan dengan silibus ya?
ReplyDeletehi, untuk fyp memang kena relate dgn subjek awak. cth mcm saya phy so kena buat fyp yg berkaitan dgn fizik.
Deletemacam awak buat fyp time odl, boleh share sikit tak? saya takut sangat final sem ni huhu
ReplyDeletefyp depends on lecturer jugak. kalau time odl ni better pilih yg tak perlu awak utk pergi cari bhn kajian. boleh bincang dgn lec tntng fyp ni. insya Allah, saya akan jelaskan dengan lebih lanjut dekat post akan datang.
Deletehai, boleh share tak notes untuk sem 5? link yang awak bagi dekat notes tu untuk sem 4 je hehe thank u
ReplyDeletehi, maaf baru perasan terupload link utk nota part 4 dua kali heheh thanks bagi tahu. saya dah update link nota part 5.
DeleteMaaf bertanya, boleh saya tahu bagaimana untuk dapatkan link untuk notes, terima kasih.
DeleteBoleh email saya. Tengok post latest kat blog ni. Terima kasih ye
DeleteHi nak tanya untuk diploma project credit hour dia kira sama macam subject lain atau tak dikira dalam sistem tu
Delete