Cara memohon surat pengesahan pelajar universiti


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hai semua ! Apa khabar ? Diharapkan semua sihat ye. Tanpa membuang masa lagi topik kita pada hari ini ialah cara memohon surat pengesahan pelajar dari universiti masing-masing. Eh nak buat apa mohon surat pengesahan belajar ni ? Mesti korang tertanya-tanya an. Selalunya surat pengesahan pelajar ni digunakan untuk mohon biasiswa atau pinjaman pelajaran. Contoh mcm nak mohon pinjaman MARA. 

So macam mana nak dapatkan surat ni? Aku dulu tak tahu nak apply kat mana sampai aku mesej Penasihat Akademik pastu aku ada juga call HEP. Rupa-rupanya korang kena apply surat pengesahan ni dengan cara e-mel. 


Cara memohon surat pengesahan pelajar:

  1. Pelajar diminta untuk menyertakan perkara-perkara ini didalam e-mel:
  • Subjek e-mel iaitu 'Permohonan Surat Pengesahan Pelajar UiTM'
  • Nama penuh pelajar
  • Nombor pelajar
  • Nombor kad pengenalan pelajar
  • Nama penerima ( contoh: Majlis Amanah Rakyat)
  • Alamat penuh penerima 
  • Tarikh tamat belajar
     2. Kemudian pelajar diminta untuk e-melkan surat kepada kerani program masing-masing.

Maklumat tambahan:
  • Jika pelajar ingin mendapatkan cop pengesahan, pelajar diminta untuk scan lampiran yang ingin disahkan dan e-mel ke alamat e-mel yang tertera pada langkah 2.
  • Jika pelajar yang ingin mendapatkan cop pengesahan asli, pelajar diminta untuk hadir ke pejabat Hal Ehwal Akademik (HEA) fakulti masing-masing.
so macam mana faham tak ? segala maklumat ni aku dapat dari pihak fakulti aku sendiri iaitu FSG pada tahun 2021. Aku tak tahu la kalau tahun-tahun akan datang lain pula cara mohonya. So, korang kenalah rajin-rajinkan diri bertanya ye. Kalau rasa tak pasti atau ragu-ragu je terus call pihak HEP. Lebih baik kita bertanya dari tak tahu apa-apa.

aku nak pesan bila kita nak mesej atau e-emel pihak fakulti/kolej/lecturer dan lain-lain. Kita kena guna ayat sopan, kalau boleh bagi salam dan jangan main terjah je. Kalau boleh pakai bahasa penuh. Katakan lah kita nak pakai bahasa melayu atau bahasa inggeris, kena pastikan ayat tu jangan guna 'short form' dan guna la bahasa formal. Itu saja aku nak pesan. 


Sekian terima kasih...


Comments