Apa beza biasiswa, Pinjaman dan dermasiswa?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Apa khabar semua sihat ka? Setelah sekian lama kita tidak bersua. Mohon maaf, saya agak sibuk dengan studies saya. Saya akan cuba untuk aktifkan balik blog kesayangan kita ini. So tanpa membuang masas lagi. Let's jump to topic hari ini. Hari ini kita akan bercakap tentang perbezaan antara Biasiswa, Dermasiswa dan Pinjaman belajar. Redamy yakin yang ramai pembaca blog ni tengah fikir mana yang lebih baik samada nak ambil biasiswa, dermasiswa atau pinjaman belajar.


First, Biasiswa ni korang dapat sponsorship belajar tapi nanti dah habis belajar korang kena kerja dengan dorang. Pembiayaan yang diberikan kepada pelajar, kerana ini adalah cara bagi syarikat atau institusi untuk mencari bakal graduan yang akan bekerja di syarikat atau institusi tersebut. Contoh biasiswa ialah JPA. Kiranya lepas habis belajar tu korang kena kerja terus. Kalau tak, nanti kena bayar balik semua duit yang digunakan sepanjang belajar tu balik. Kalau ambil biassiwa JPA, tak silap dia benarkan untuk kita bekerja di sektor swasta or company yg semi-kerajaan. Kalau ikutkan dulu siapa yang ambil biasiswa JPA, memang kena kerja under kerajaan tapi sekarang dah ada kelonggaran.


Definisi dermasiswa (sponsorship) ialah penajaan secara one-go, biasanya hanya dengan satu syarat utama iaitu jika pelajar gagal dalam akademik, pembiayaan akan ditamatkan. Selalunya dermasiswa ni tak ada letak syarat seperti biasiswa yg mewajibkan student bekerja dengan company selepas habis belajar. Dermasiswa ni FREE dan pelajar tak perlu bayar balik. Tugas korang senang ja belajar rajin2. Selalunya dermasiswa ni diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan seperti B40.  Apa2pun sila rujuk surat or syarat2 dermasiswa korang nak pohon tu. Contoh dermasiswa ialah JPA Dermasiswa (Lepasan SPM). 


Untuk Pinjaman pula, nama pun pinjaman. Of cos after habis belajar korang kena bayar balik. Korang kena tengok betul-betul sebelum mohon apa-apa pinjaman. Ada sesetengah pinjaman yang boleh ubah dan ada yang tak. Pinjaman boleh ubah tu dia selalunya buat bayaran balik mengikut keputusan. Lagi cemerlang keputusan, lagi sikit la jumlah yang korang kena bayar balik. PTPTN dan MARA juga merupakan pinjaman boleh ubah. PTPTN ada memberi pengecualian bayaran balik pinjaman jika pelajar dapat keputusan cemerlang. MARA pula menawarkan pembayaran balik pinjaman dengan diskaun mengikut result korang. Contoh, kalau korang dapat pointer 3.5 dan ke atas (bayaran balik 15% dari total pinjaman), pointer 3.0-3.49 (bayaran balik 20% dari total pinjaman), pointer 2.5-2.99 (bayaran balik 25% dari total pinjaman) dan pointer 2.0-2.49 (bayaran balik 30% dari total pinjaman). (sila rujuk syarat pembayaran balik MARA yang latest). Jadi belajar rajin-rajin kalau nak diskaun belajar yg byk.


Pendapat Redamy, kesemua option di atas ada pros and cons dia. Cuma kita yang kena nilai mana yang lebih baik. Apapun belajar rajin-rajin ye semua. Tak semua orang dapat peluang untuk sambung belajar  jadi gunakanlah peluang ini sebaik mungkin. Saya doakan dipermudahkan segala urusan kamu semua. Redamy nak tanya apa pendapat korang, antara ketiga-tiga option di atas, mana yang korang akan pilih? Sila komen dibawah pilihan korang, Redamy nak tahu juga apa pilihan korang hehehee.


Okay itu saja untuk harini. Jangan lupa untuk baca post2 blog yang lain. Terima kasih kerana selalu support blog saya. Doakan saya dapat membantu korang semua tak kisah lah dari segi pelajaran, kehidupan, kewangan dan lain2. Sayang korang semuaaa. Love you guyss.


Comments